Ahad, 30 Ogos 2009

siwak

alhamdulillah kali ini saya akan mengupas serba sedikit mengenai siwak . siwak merupakan salah satu cara bersuci yang telahpun diajar oleh islam, begitulah indahnya islam hatta cara dan kaifiat bersuci pun diajar secara khusus .namun masih ramai lagi manusia-manusia yang buta hatinya untuk melihat nur islam yang sentiasa menyerlah dan gemilang .

TAKRIF

siwak pada bahasa ialah al-dalku yakni menggosok . manakala disegi istilah ia bermaksud menggosok gigi dan sekitarnya dengan menggunakan kayu seperti kayu arak dan seumpamanya .

nabi bersabda :
هذا سواكي وسواك الأنبياء من قبلي
maksud : inilah cara bersiwak aku dan para anbiya' sebelum ku .

berdasarkan hadis ini kita memahami bahawa siwak adalah salah satu perkara yang telah pun disyariatkan sebelum kebangkitan nabi muhammad s.a.w .

RUKUN SIWAK

setengah ulama' menyatakan rukun siwak hanya tiga dan setengah yang lain menyatakan rukunnya ada lima , justeru itu saya lebih gemar mengikut pendapat yang menyatakan rukunnya lima kerana ianya lebih terperinci .

1-mustak=orang bersiwak
2-mustak bihi=alat siwak
3-mustak fih=mulut
4-mustak minhu=gigi
5-niat

HUKUM SIWAK

hukum bersiwak adalah sunat pada setiap waktu dan ketika kecuali bagi orang yang berpuasa maka tidak disunatkan(makruh) bersiwak selepas gelincir matahari .nabi s.a.w bersabda :
لخلوف فم الصائم أحب عند الله من ريح المسك
maksud : sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu sangat disukai oleh allah berbanding haruman kasturi .

namun imam an-nawawi menyatakan tidak makruh bagi orang berpuasa untuk bersiwak ketika mana sekalipun hatta selepas gelincir matahari .

TEMPAT DISUNAT BERSIWAK

1-ketika wudu'
2-ketika hendak mendirikan solat
3-sebelum membaca al-quran , hadis dan ilmu-ilmu syara'
4-selepas solat witir
5-sebelum mulut berbau
6-ketika mahu masuk rumah
7-ketika bangkit dari tidur

CARA BERSIWAK

disunatkan kepada orang bersiwak niat untuk mengikut sunnah , dan sunat bersiwak menggunakan tangan kanan , mula dengan menggosok gigi sebelah kanan secara melintang hinggalah kesebelah kiri , dibuat secara perlahan .

FAEDAH BERSIWAK

disana ulama' telah menyatakan banyak kelebihan bersiwak , antaranya :

1-memutihkan gigi
2-mengharumkan bau mulut
3-menguatkan gusi
4-mencantikkan warna kulit
5-mengfasihkan percakapan
6-menguatkan ingatan
7-mencerahkan penglihatan
8-melambatkan uban
9-memudahkan keluar roh
10-mengingatkan syahadah ketika nazak .

RUJUKAN ;

1-fiqhul ibadat ; doktor jamal ad-dasuqi dan doktor al-mutawalli 'atiyyah
2-fathul qorib al-mujib ;ibnu qosim
3-nailu al-roja'; al-faqih al-sayyid ahmad bin umar al-syatiri .

Tiada ulasan:

Catat Komen

 

©2009 .::furu'uddin::. | Template Blue by TNB