bahagian ketiga
air bahagian ketiga ini terbahagi kepada dua jenis :
1-air musta'mal .
2-air mutaghaiyyir .
air musta'mal
air musta'mal ialah air yang kita gunakan untuk basuhan wuduk yang wajib , mandi junub ataupun untuk menyucikan najis sekalipun najis itu dari golongan najis yang dimaafkan walhal air yang digunakan itu tidak mencukupi kadar dan had dua qullah .
difahami dari ayat diatas mana-mana air yang kita gunakan selain dari perkara diatas(basuhan wuduk yang wajib , mandi junub , hilangkan najis) ianya tidak menjadi air musta'mal . contohnya air wuduk yang sunat atau air basuhan kali yang kedua dan ketiga ia tidak menjadi air musta'mal bahkan harus untuk kita gunakan air tersebut untuk berwuduk pada waktu lain .
air mutaghaiyyir
air mutaghiyyir ialah air yang berubah salah satu dari sifatnya yang tiga iaitu rasa , bau dan warna dengan sebab masuk benda-benda yang suci yang boleh dijauhkan dari air tersebut seperti gula ,sirap dan sebagainya ,tetapi disyaratkan perubahan ini mesti membawa kepada air yang berubah tadi tidak lagi dipanggil air mutlak .
seandainya perubahan itu tidak sampai tahap sedemikian haruslah kita menggunakan air tersebut untuk bersuci .
bahagian keempat
air bahagian keempat ini dipanggil air mutanajjis iaitu air yang terkena najis yang dapat dilihat dengan mata kasar kita . air mutanajjis ini dibahagi kepada dua :
1-air kurang dua qullah ; air yang kurang dua qullah ini akan menjadi air mutanajjis dengan semata-mata masuk najis kedalamnya tidak disyaratkan berubah ataupun tidak . tetapi dikecualikan sekiranya masuk bangkai-bangkai yang tidak mengalir darahnya seperti nyamuk , lalat dan seumpamanya maka air tersebut tidaklah menjadi air mutanajjis .
2-air yang cukup dua qullah ; air ini hanya menjadi air mutanajjis sekiranya najis tadi merubah salah satu sifatnya samada perubahan itu sedikit ataupun banyak . asalkan sifatnya berubah maka ia dihukum air mutanajjis .
sukatan dua qullah
sukatan dua qullah mengikut pendapat yang al-asoh ialah 500 kati baghdadi . adapun sukatan dua kolah dizaman moden ini ialah 270liter sebagaimana disebut oleh doktor wahbah zuhaili didalam fiqh islami wa adillatuhu untuk lebih lanjut sila rujuk di http://ms.wikipedia.org/wiki/Dua_qullah . manakala ukuran dua qullah bagi bekas segi empat ialah dengan 1 1/4 hasta panjang , lebar dan juga dalam , mengikut hasta orang pertengahan , ukuran bekas bulat pula ialah 2 hasta dalam dan 1 hasta lebar .wallahua'lam .
Pintu itu terbuka
-
Kehidupan manusia tidak beku,tidak kelu bahkan ianya sering berubah dan
bersedia untuk berubah .Namun , dalam merentasi kehidupan ini manusia
sering alpa d...
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan