Ruangan lepas saya telah menerangkan serba sedikit tentang air-air yang boleh digunakan untuk bersuci , insyaallah kali ini saya akan membawa pembahagian air mengikut hukum penggunaannya . Ulama' fuqoha' telah menjelaskan didalam kitab-kitab fekah bahawa air terbahagi kepada empat bahagian :
1- suci serta menyucikan , tidak makruh untuk digunakan .
2- suci serta menyucikan tetapi makruh digunakan .
3- suci tetapi tidak menyucikan .
4- air yang terkena najis(mutanajjis) .
HURAIAN
-bahagian yang pertama
air bahagian pertama ini dipanggil air mutlak . air mutlak ialah air yang tidak dikaitkan secara lazim (tidak boleh dipisahkan) dengan salah satu dari tiga perkara seperti idofat(sandaran) , sifat dan tidak diletakkan alif lam lil-'ahdi(alif lam yang digunakan untuk memberitahu sesuatu yang telah maklum) .
-contoh air yang di idofat seperti air kelapa , air jus tembikai dan lain-lain .
-contoh air yang disifatkan seperti air yang pekat yakni air mani .
-contoh air yang diletak alif lam lil-'ahdi seperti sabda nabi :إنما الماء من الماء yang bermaksud sesungguhnya wajib mandi dengan air mutlak dengan sebab keluarnya air mani , jadi alif lam pada lafaz من الماء dikatakan alif lam lil'ahdi .
jadi semua contoh-contoh diatas tidak termasuk dalam air mutlak kerana ia dikaitkan dengan salah satu dari tiga perkara yang disebutkan . maka tidak sah dan tidak boleh untuk kita menggunakan jenis-jenis air diatas untuk bersuci .
manakala air laut , air sungai , air telaga , air hujan , air embun dan air salji semuanya air mutlak sah untuk digunakan untuk bersuci walaupun pada zahirnya air-air tersebut dikaitkan ataupun disandarkan pada sesuatu kerana kaitan air tersebut boleh terpisah bila kita asingkan air tadi dari tempatnya .
-bahagian yang kedua
air bahagian kedua ini ialah air musyammas ( air yang dibiarkan bawah pancaran matahari) . air ini pada hakikatnya ialah air mutlak tetapi makruh kita gunakannya untuk disapu atau dibasuh pada anggota tubuh badan , tidak makruh untuk membasuh pakaian atau selainnya . air musyammas ini hanya dimakruhkan sekira ianya dibiarkan terkena pancaran matahari ditempat atau kawasan yang sangat panas seperti kawasan hijaz pada musim panas dan air tersebut berada dalam bekas besi . jika air tersebut berada dalam bekas emas ataupun perak maka hukumnya tidak makruh untuk digunakan .
namun apabila air musyammas ini telah sejuk maka harus untuk kita gunakan air tersebut untuk menyapu ataupun membasuh anggota tubuh badan kita . akan tetapi imam nawawi mengatakan bahawa tidak ada hukum makruh untuk mengguna air musyammas tersebut samada masa panas ataupun masa sejuk .
akan bersambung...wallahua'lam.
Pintu itu terbuka
-
Kehidupan manusia tidak beku,tidak kelu bahkan ianya sering berubah dan
bersedia untuk berubah .Namun , dalam merentasi kehidupan ini manusia
sering alpa d...
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan