Khamis, 30 Julai 2009

BERSUCI

Islam sangat mengalakkan umatnya sentiasa dalam keadaan suci dan bersih baik daripada kotoran zahir mahupun kotoran batin . makanya islam telah menetapkan cara ataupun kaedah untuk menyucikan kotoran-kotoran disegi luaran dan dalaman . insyaallah dalam ruangan ini saya akan berkongsi serba sedikit tentang kaedah bersuci yang diajar oleh islam untuk membersihkan luaran manusia .

MAQASID DAN WASILAH

Sebelum itu saya akan menyebut sepintas lalu tentang maqasid dan wasail bersuci . maqasid atau melayunya matlamat bersuci ada empat iaitu :

1-wudu’
2-mandi wajib@sunat
3-tayammum
4-menghilangkan najis

Manakala wasilah atau perantaraan bersuci juga ada empat iaitu :

1-air
2-tanah
3-alat samak
4-batu istinjak

TAKRIF

Bersuci(taharoh) disegi bahasa ialah al-nazofah wa al-khulus(bersih dari kotoran atau daki-daki berbentuk luaran atau dalaman) . disegi istilah syara’ pula ulama’ telah berbeza pendapat tentang takrif bersuci ini tetapi saya ingin mengambil takrif yang mudah untuk kita fahami bersama , bersuci disegi istilah ialah mengangkat hadas , menghilangkan najis ataupun menghilang perkara-perkara yang boleh menghalang kita untuk menunaikan ibadat .

JENIS-JENIS AIR UNTUK BERSUCI

Ulama telah mengariskan bahawa air yang boleh digunakan untuk bersuci hanya tujuh jenis :
1-air yang turun dari langit(air hujan)
2-air laut
3-air sungai
4-air telaga
5-air mata air
6-air salji
7-air batu yang turun dari langit
Akan bersambung…

rujukan :
-qolyubi wa umairah
-nihayatul zin
-fathul qorib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::furu'uddin::. | Template Blue by TNB